Welcome to our website !

Aku Benci Lelaki

By 2:18 PM

Mesti lelaki akan benci kat aku acap kali akan datang. Kerana statement yang digembar gemburkan membuatkan korang melenting. Perempuan ni poyo je kan.....

Sabar, itukan separuh dari iman. Aku tak membenci lelaki walhal yang membencikan, lelaki itu sendiri. Kalau aku benci, tak adala Mr. Sayang disamping yang hari2 duk mengomel aku ni bega bebenor.

Dalam sesebuah perhubungan itu harus ada keihklasan, ketulusan hati dan kejujuran sebagai kunci pengikat kasih kebahagiaan. Tapi hari ini sukar untuk kita kenali lelaki ataupun wanita yang betul2 telus dalam memberikan komitmen dan peranan 2 hala.

Disebabkan aku ini perempuan barula aku menggunakan statement diatas. Takkan nak kutukkan itu tertuju kepada wanita2 sepertiku. Ini memang adil kan.. Maka aku merungkai satu pesatu yang aku rasa membencikan dan itu datangnya dari pengalaman sendiri tiada kena mengena ngan korang.

1. Benci bila lelaki tidak jujur malah membuat penipuan


Seriously jujur aku pernah ditipu lelaki. Sehingga putus bersamanya masih ditipu. Al-kononnya nak putus kerana aku ni menggedikkan dan membebankan fikirannya lantas menganggu urusan pembelajarannya di campus. Padahal ada awek lain. Benci benci benci tapi tak adalah sampai nak berdendam.

Pantang juga bila ada yang memungkiri janjinya. Memberikan alasan2 yang tidak terima dek akal. Kalau dah banyak kali menggunakan alasan yang sama boleh diterima ker...? Betul lelaki memang padai menabur janji,

 katanya sayang i promise tak akan tinggalkan u dan u la satu2nya dihati sayang untuk disunting menjadi pemaisuri. 

Wekkk nak termuntah rasanya, bila nak pustuskan hubungan, senang jer ungkapkan maaf kerana tak dapat tunaikan janji. "Rasa nak lempang jer."


Dalam apa juapun situasinya, perempuan paling suka dengan kejujuran dan keikhlasan. Walaupun kadang kala ianya sesuatu yang pahit untuk ditelan, malah merobek jiwa sekalipun. Aku pantang bila lelaki mengunakan alasan untuk memutar belit segala kenyataan yang salah untuk mereka terlepas dari sengketa. 

Wahai lelaki jadila seorang yang jujur, jika benar korang mencintai pasangan rungkaila, jika korang dah hilang sayang sekalipun rungkaikanla. Jangan terus terusan menyiksa jiwa kami.

2. Benci bila lelaki tinggikan suara

Rileks-la lelaki. Takkan benda kecilpun nak tengking2. Tahu suara tu garau konon machola. Kalau suara perempuan yang tengking2 dan macam suara chipmunk. Inila silapnya bila suara lantang sangat. Honestly memang takut bila orang tinggikan suara. Nanti aku mesti terus terusan jadi pendiam seribu bahasa.Takut dengan lelaki sebegini.


Disebabkan aku ni degil sangat tak mahu dengar kata memangla selalu terkena. Dah pujuk cara lembut tetap tak makan saman. Tapi yang tak bagusnya kalau awek korang sesedih ngadu2 minta perhatian, korang tinggikan nada kat dia, alasannya rimas dengan perempuan menangis. Come on la, perkara biasala bila perempuan menangis, sebab kamikan memang berhati sensitif. Mahu pujukan rayu yang manja2 gitu.

3. Benci bila lelaki mementingkan diri sendiri

Kebiasaannya lelaki tersangatla mementingkan hak mereka melebihi hak wanita kesayangannya. Bila minta tolong or seumpamanya memangla terhegeh2. Kadang2 berminggu2, berbulan2 dan akhirnya terus lupa. Lelaki akan bagi alasan, nanti boleh, sabar boleh, esok boleh... Perempuan pula jenis yang segera, tak suka dilengah2kan.


Disebabkan ini banyak hati wanita yang terluka, bila disuarakan lelaki memang sukar untuk menerima luahan pasangan. Tapi kalau perihal mereka, cepat saja mereka lungsaikan dah bereh semua.

4. Benci lelaki utamakan kawan-kawan dan bola

Nasibla Mr. Sayang tak berperangai sebegini. Kalau aku memang pantangla, bukan menjadi batu penghalang lelaki yang gemar bersosial. Tapi kalau kawan menjadi keutamaan sehinggakan pasangan diketepikan memagla haprak orang kata.


Tahu2la bola memang menjadi pujaan lelaki. Last time my sayang punya company buat perlawanan futsal. Yuran dan nama semua dah seattle untuk join game, tapi pada masa yang sama dia promise dengan aku nak jumpa. Aku dahla turun dari Segamat ke KL semata2 nak  dating hehehe. Angin kus2 memang dah tempiasla tapi nasib dia bagi tau dia ketepikan semata2 untukku. Wah terharu babe, it means aku lebih penting dari bola.. Terima kasih Mr. Sayang kerana menghargai kehadiranku.

5. Benci lelaki yang kurang memberikan perhatian

Buat lelaki kami bukan la meminta minta. Walaupun sesibuk mana berilah secubit rasa, sekelumat pun tak apa. Penting korang menunjukkan keperihatinan korang terhadap pasangan.


Perempuan bukan sukar untuk memahami, cuma caranya saja. Misal kata banyak kerja, takkan tak boleh nak call sekejap or tinggalkan pesanan yang ringkas. Tak ganggu eh kerja korang. Tapi kalau korang diam, panggilan tak angkat, massage tak reply, comfirm la pasangan korang melenting lenting kepanasan. Penjelasan make it easier. Hati korangpun tak sakit, telinga korangpun tak panas dengar bebelan.

LadyComot; kekekekeke jangan marah lelaki
                                          

You Might Also Like

9 comments

Newsletter