Welcome to our website !

tEnSIoN TeNSiON tEnSIoN (Aku syndrome ??? PMS)

By 11:18 PM

Ish ish ish... apala yang stress kebenornya yer. LadyComot selalu stress bila nak datang haid. Kadang2 Mr. sayang jadi tempat melampias kemarahan. (alahai nasibla en. abang oi). Itu tak kena, ini tak kena, semuanyala tak kena. Tapi sifat paling ketara bila nak datang haid ni, pemarah, kuat makan, kuat membongkang. Orang lain LadyComot tak pastila. Masalah utama LadyComot pimples akan naik. Perh benci benci benci. Lagi masalah LadyComot masa datang haid ni mudah dijangkiti, sampai kelenjar naik area neck.

Semua perempuan kebiasaanya akan alami sindrom pra-haid. Mungkin ada yang jadi garang, sensitif, lesu, kemurungan, keliru, gelisah, mengidam dan makan berlebihan atau loya. Kalau perasan perut macam buncit sikitkan..? breast lak jadi tegang. Ada juga yang mengalami masalah sakit belakang dan sakit2 sendi seluruh badan.


Kalau gejala2 seperti diatas LadyComot dah tak hairan sangat. Lantak pi la. Sebab perubahan hormon yang menyebabkan perubahan. Kalau orang perli LadyComot akan kata, "bulan dah nak bersinar..." hehehe Tapi yang paling gerun bila datang sengugut. Memang tak boleh tahan. Rasa nak tongeng, golek2, tungang langgang hidup dibuatnya. LadyComot pernah pitam pastu terus terjelepok. Mulanya nak terjelepokkan diri atas tilam, abis sasaran terpesong terus jatuh kat tepi katil.  Nasib tak kena bucu tau..

PMS ini sebenarnya tak berapa bagus sangat. Kira macam ada masalah psikologi. Sebaiknya ia dikawal supaya tak memudaratkan diri sendiri.

Penjagaan Sendiri - mesti amalkan tau

SENAMAN:  Tiga kali seminggu, 20 - 30 minit bagi setiap sesi. Anda boleh memilih untuk berenang, berjalan kaki, berbasikal,  atau bersenamrobik. Aktiviti ini boleh membantu mengendurkan otot-otot anda dan mengurangkan air dalam badan anda. 

BEREHAT:  Tarik nafas sedalam-dalamnya. Mandi dengan air suam. 

TIDUR: Bagi sesetengah kes, PMS membuatkan anda tidak dapat melelapkan mata di waktu malam. Jika ini berlaku, dapatkan kesempatan untuk tidur di waktu-waktu lain. 

PAKAIAN: Gunakan pakaian dalam  yang diperbuat dari kapas terutamanya apabila buah dada anda terasa sakit.

PEMAKANAN: Kurangkan pengambilan garam. Ini akan dapat mengurangkan 
kembung. 

KAWAL:  Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Makan 5 hingga 6 kali sehari  dalam kuantiti yang  sedikit menggantikan pengambilan 3 kali  sehari dalam kuantiti yang banyak. Sertakan vitamin tambahan, terutamanya vitamin B6 & E, dan zat-zat mineral, seperti kalsium dan magnesium dalam pemakanan anda. Minum air secukupnya. 

Jangan Mengamalkan:  

TEKANAN:  Elakkan dari tekanan emosi semasa menghadapi PMS 

TIDAK PERLU: Mengidam terhadap makanan tertentu 

TABIAT:  Merokok, mengambil alkohol, memakai pakaian yang ketat. 

SECARA PERUBATAN: Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh diambil untuk  mengurangkan sebahagian dari gejala-gejala PMS, antaranya:  

• Aldactone,  pil ini diberi untuk mengurangkan  pembendungan cecair  dalam badan.  
• Progesteron, merupakan hormon yang diambil secara oral (melalui mulut)  
• Ubat penahan sakit, contohnya parasetamol atau asid salisilik.  
• Minyak Evening Primose sebanyak 1500 mg sehari juga boleh membantu dalam beberapa kes PMS dengan cara mengurangkan gejala-gejala

LadyComot; artikel penjagaan pengamalan diambil dari sini (......)
                                          

You Might Also Like

0 comments

Newsletter