Welcome to our website !

AKU BENCI ROKOK

By 11:19 PM


Berkaitan kesihatan memang my top number one. Betul2 semat and sisipkan dalam kepala otak ni. Sejak zaman kecil2 lagi dah dengar mak cik timah kau sebut, pakcik leman ko pesan, abang besah pun ingatkan, pasal larangan dan bahaya rokok ni. Kalau masa sekolah dulu, subjek pendidikan senipun ada suh buat poster besaq. Bab melukis memangla suke bangat walaupun hakikat tak pandai lukiskan.

Jangan cakap babe, dulu masa wa kecik2 bapak wa buang putung rokok, wa senyap2 kutip kasi sedut. Pergh ! wa cakap samalu memang mantop "tak sedap langsung".Entah apa barang bestnya kepul2 asap jer. Yela masa kecilkan orang buat kitapun nak buat. Tapi tobat bila dah besar tak mau wa cuba2 lagi okey.

Berbalik kepada tajuk bahayanya rokok ni, member2 lelaki LadyComot majority merokok. Katanya merokok ni ada STYLE. "kepala hotak hang berjambul". Pada LadyComot buruk eh, bibir elok2 merah dah jadi kehitaman, kalau wa kawin samalu nak kiss bibirlu pun wa geli tau. (buat member jangan tersantap okey !!!). Member2 LadyComot pun ada kata, ala merokok ni tak bawa matila !!! kalau nak mati tu, tak kira merokok ke tidak anytime jer jalan.. pergh simpang lu orang. 

Bila dah zaman bekerja ni, LadyComot memang banyak bagi rawatan buat pesakit yang ada masalah pernafasan. Cakap jer penyakit apa nak tau, wa cakap sama lu wa boleh kasi terangkan. (eceh berlagak pulak). Tapi yang LadyComot suka yang tua2 ni akan cakap...

  "biasala pakcik ni dulu kuat merokok. dah tua kenala masalah sesak nafas. Dulu pakcik merokok satu hari 2 kotak licin.. koh koh koh (pakcik ni batuk)"

Peliknya masa muda dia orang ni tak pernah sedar hakikat dan penderitaan yang akan dilalui usia tua... KENAPA...? alasannya

  "pakcik dah tua, tunggu mati jer la anak oi... biasala sakit, namapun tua..."

Pada LadyComotla, tak kirala kita usia tuapun, mesti nak hidup SIHAT. Takkanla nak sakit memanjang, kejap2 muka kita jer yang admit kat wad yang sama. dah tak ada muka lain dah. 

Hakikat sebenarnya, merokok ni akan membawa padah pada kesan jangka masa panjang. So kalau sekarang tak nampak, esok lusa kita takkan tahukan. Merokok ni jugala boleh menyebabkan pengaktifan sel2 barah. Banyak penyakit yang boleh mermudaratkan seperti Stroke antaranya (orang melayu panggil angin ahmar).

LadyComot tahu sangat lelaki sangatla pantang kalau nak sound2 direct dia orang, pasal isu rokok ni. Mau tak melentingnya nanti. Tak kirala kita ni manusia special di hatinya, tak ada mereka peduli eh.. So nak tegur cakap pakai mulut memang takkan jalan. Cakap je nak nasihat pakai poster..? kempen..? pemplate..? wapa kerat jer yang pulang ke panggkal jalan.

Sedihnya perokok ni memang tak sayang nyawa mereka. mereka tak sayangkan diri sendiri lebih sayangkan rokok. Duit belanja beratus semata2 untuk rokokpun sanggup. Kalau sehari RM 30 sekotak, kalau sebulan..setahun tak riban2 dah. Merekapun tak takut hukum, terang terangan Tok Imam ko kata rokok tu haram.. "Kenapa pulak haram..?" sebab bahan yang terkandungpun memang for sure haram. "Ada tuhan kata bagus ke makan bangkai, ada tuhan kata bagus makan racun..?" manusia yang kuncupkan mindanya takkan mampu berfikiran dengan warasnya isu ini.

Buat perokok2 diluar sana, LadyComot tak hina lu orang, tak pangkah lu orang hidup2, tak juga nak perli2 lu orang. Tapi LadyComot sangat sayangkan korang.. "Kalau tersinggung termarah minta maapla yer." kitakan manusia biasa..

Tapi Ingat yang ni ... MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERHENTI SEKARANG.

KAJIAN MENGATAKAN PENGHISAP ROKOK YANG BERHENTI MEROKOK SEKARANG, DALAM JANGKA MASA 10 TAHUN YANG AKAN DATANG, TUBUH ANDA DIIBARATKAN SEPERTI ORANG YANG TIDAK MEROKOK.

                                          

You Might Also Like

2 comments